Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, July 16, 2012

Chicken Chop Dengan Sos Lada Hitam

Assalamualaikum...

Salam Isnin untuk semua teman2 dan pengunjung yang saya sayangi...tinggal 4 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan al Mubarak..nampaknya kalau diizinkan sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang sangat mulia ini dan berpeluang menjalani ibadah puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dahaga tapi berpeluang juga melakukan solat sunat Terawih yang hanya datang sebulan dalam setahun ...insyaAllah mudah2an semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk sama2 merebut peluang untuk beramal ibadah di bulan yang mulia ini.


Ok lah sebenarnya disini saya nak kongsikan resepi yang sangat simple ala2 tak cukup bahan tapi alhamdulillah masih sedap dinikmati dan disukai oleh anak2 buah saya dirumah.  Semalam adik saya Bedah ada membuat Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam yang dibuat sendiri...sedap rasanya cukup rasa lemak2 pedas lada hitam dan pasti menepati citarasa mereka2 yang suka sos lada hitam yang dimasak sendiri..oleh kerana saya dah minta keizinnan untuk kongsikan resepi ini bersama rakan2 dengan bedah...jomlah kita tengok resepinya...cuma kurang lengkap sikit sebab tak ada kentang goreng dan coleslaw..tp janji sedappp jadi la apa2 yang ada jer..daun2 salad timun dan tomato..hehehe


Bahan-Bahan :

Untuk Ayam - pan grill:
1/2 kg isi kepingan ayam atau banyak yang dikehendaki
2 biji telur dipukul manja dengan sedikit garam
tepung gandum secukupnya.

Untuk Sos Lada Hitam
1 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu makan butter
1 sudu makan lada hitam kasar
air secukupnya - lebih kurang 1 - 11/2cawan
1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan  susu cair
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam

Bahan-bahan sampingan
Daun Salad secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Hirisan Tomato secukupnya
Kentang Goreng secukupnya
Coleslaw secukupnya.

Cara:

1. Mula2 sediakan ayam, hiriskan ayam selebar tapak tangan atau memanjang basuh dan toskan  atau lap sedikit dengan paper towel supaya kering
2. Celupkan ayam dengan telur yang dipukul manja tadi dan masukkan pula dalam tepung gandum balik2kan agar rata disaluti tepung, celupkan sekali lagi dalam telur dan akhiri dengan dicelupkan dalam tepung.
3. Panaskan sedikit sahaja minyak dalam nonstick pan dan gorengkan ayam yang bersalut tepung tadi dengan dibalik2kan sehingga ayam masak. ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos lada hitam, panaskan 2 sudu butter dalam pan, sautekan@goreng balik2 bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum dan layu sahaja, Kisarkan bawang bersama butter tadi dengan sedikit sahaja air bersama 1 sudu makan lada hitam.
5. Masukkan bahan2 yang di kisar ini dalam periuk dan masukkan juga 1/2 cawan kicap lemak manis berserta air anggar2 cukup sahahja nanti cair pulak sos. masak dengan api yang perlahan, bila dah didih masukkan pula susu cair 1/2 cawan dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air sedikit.. rasanya sedap lemak pedas - tak perlu letak gula sebab kicap dah terasa manis dan masinnya klau nak letak sedikit garam letaklah..padamkan api dan sedia untuk digunakan.

Cara menghidang - letakkan 2 kepingan ayam dalam pinggan yang agak besar bersama bahan2 sampingan daun salad, hirisan tomato dan hirisan tomato, letakkan juga kentang goreng dan coleslaw..curahkan di atas ayam dengan sos lada hitam yang dimasak tadi..sedappp cuba lah...

sos lada hitam n sayuran ajer yg ada..
nie yg pi mkn kat kedai tp rasanyer sos black pepper yg dibuat sndri lg best..hehe

No comments:

Post a Comment