Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, July 12, 2012

Pucuk Ubi Masak Tempoyak...


Hai...salam khamis untuk semua...sekejap betul masa berlalukan hari ini dah hari khamis dan dah nak berhujung minggu..tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, bulan puasa bagi umat islam..macam pejam celik ajer kan...pastu raya la pulak...cepat sungguh masa berlalu.. Ok lah saya macam tak ada idea nak bercerita apa2 hari ini...mood pun macam xberapa ada mcm boring jer gitu so saya terus sahaja ke resepi tertungguk yang pernah saya janjikan di facebook beberapa minggu lepas...lamanyer kan baru nk bersiaran resepi yang ini...sorry ek kawan2..resepi di bawah ini dalam quantity yang banyak jadi kurangkan untuk mereka yang xbrapa ramai..

Pucuk Ubi Masak Tempoyak..

Bahan-Bahan:

5 - 6 ikat pucuk ubi - di rebus dengan air mendidih letakkan sedikit garam dan 3 sudu minyak masak
2 mangkuk tempoyak (mangkuk tafufa) lebih banyak lebih sedap
semangkuk udang hidup yang kecil pun x apa -bersihkan
1/2 kg santan pekat 
5-6 helai daun kunyit - dihiris halus
8 batang serai - dihiris halus
20 ulas bawang merah*
2 inci kunyit hidup  - kalau xder guna kunyit serbuk*
segemgam cili padi - ikut pedas yang dikehendaki *
sedikit garam dan gula sebagai perasa

Cara:
1. Pucuk ubi yang direbus di toskan dan perahkan airnya kemudian dipotong.halus
2. Bahan2 bertanda* di blender hingga halus
3. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit hiris, serai yang dihiris, udang, bahan2 kisar, tempoyak, santan ke dalam kuali, balik2kan dan masak sehingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana, lama sedikit lebih bagus boleh tahan lama lauk ini.
4. Perisakan dengan sedikit garam dan gula sedikit kalau nak letak bahan perisa pun boleh letak. Masak hinnga agak memekat dan boleh di padamkan api.  Hidangkan bersama nasi putih...sedap cubalah

*Kalau ada petai pun sedap..boleh dimasukkan bersama.

2 comments:

  1. oh my God!!! my favourite !!!! Siti...i syng you Muahhh!

    ReplyDelete
  2. Esther u pun pandai makan ubi msak tempoyak yer...wahhh teror u bleh mkn mcm2..syg u jugak..muahhh

    ReplyDelete